Thursday, 27 December 2012

PiLihLah yaNg TeRbaiK

Untuk ADAM
andai ingin mencari hawa


1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata.
kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dahulu.
lihatlah pada telapak tangannya.
Andai mudah telapak lembut itu singgah pada kulit lelaki lain tanpa lapik,
fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya.
Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yg boleh dikahwini.

2. Jgn dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata.
Lihatlah pada sebujur bibirnya.
Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya.
Fikirlah semasak-masaknya andai hati masih teringin menyuntingnya.
Khuatir kelak dy membawa fitnah buat si suami.
Menabur buruk diri si suami.

3. Jgn dilihat pada cantik ayu wajah nya semata-mata.
Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya.
Andai tidak redup menunduk pandangannya.
Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting diri nya.
Khuatir bila sudah bersuami mata nya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yg bkn bernama suami.

Untuk HAWA pula..
andai ingin menerima cinta adam.


1. Jgn melihat pada kereta mewahnya semata-mata.
Lihatlah pada aktiviti mlm nya.
Andai liar hidupnya tika mlm menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima.
Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam mlm sudah tiba.
Khuatir juga suburnya terus leka dibuai mimpi nan indah.

2. Jgn dilihat pada pakaian berjenama semata-mata.
Lihatlah pada bahagian kaki nya.
Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah bermain dipadang bola,
fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerimanya.
Kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.

3. Jgn dilihat pada tampan paras semata-mata.\
Lihatlah pda mulutnya tika berbicara.
Andai mudah menghambur carutan dan sumpah seranah.
fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya.
Khuatir apabila bersama kelak,
kesalahan kecil anda akan menerima habuan cacian yg menyeksakan.




No comments:

Post a Comment